#Keghairahan seorang penyelam wanita profe�sional Brazil meneroka gua di da�sar sungai, hampir mengundang maut apabila dia terserempak de�ngan seekor ular anakonda yang disebut sebagai ular paling besar pernah ditemukan di dalam air.
#Penyelam terbabit, Karina Olia�ni menemukan anakonda sepanjang lapan meter dan dianggarkan seberat 400 kilogram itu selepas empat hari melakukan aktiviti me�nyelam di Sungai Bonito, barat laut Brazil, baru-baru ini.
#Bagaimanapun, penyelam itu ber�nasib baik kerana ular berke�naan sedang membaham mang�sanya, sekali gus tidak mengancam Oliani.
#Jurugambar yang menemani Oliani, Alexandre Socci sempat mengambil gambar dan merakamkan aksi ular gergasi itu untuk siri rancangan televisyen, Wild Ocean With Karina Oliani.
�Saya terkejut apabila melihat saiz anakonda itu yang sangat besar terutamanya di bahagian kepala, dan saya tidak dapat melihat keseluruhan badannya.
�Walaupun kami berdua tidak menjadi hidangan ular itu, tetapi reptilia berkenaan merupakan pemangsa yang liar dan tidak boleh dihampiri dengan mudah,� kata Oliani seperti dilaporkan portal Mail Online.
#Oliani menceburi dunia menyelam sejak kecil dan mendapat pengiktirafan sebagai penyelam di lautan terbuka ketika berusia 12 tahun sebelum menjadi penyelam profesional sejak 2002.