Recent Posts

Posts

Contact Form

Name

Email *

Message *

Advertisement

Tahukah Anda Kenapa Kucing Makan Rumput?


Kucing memakan rumput adalah untuk mengawal hairball ataupun gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut kerana kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.

Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu/hairball.

Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput.

Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah! 

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut.

Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.

Tetapi, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

Tahukah Anda Kenapa Orang Gila Tidak Pernah Sakit?


Tahukah Anda? Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua, namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras selalu sihat. Untuk itu mari kita berfikir dan mencari jawapanya. 


Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.

Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng dan masih banyak contoh yang lainya.

Menerima seadanya. Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.

Sentiasa sentum. Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum, betul tak? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu gembira dan tersenyum. 

Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah "Orang Gila", tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.

Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.

Sumber: Akuanakpahang.blogspot.com

10 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki



Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.


Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.


1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 'Enola Gay' menjatuhkan bom atom bergelar 'Little Boy' di Hiroshima dan �Fat Man� di Nagasaki.

4. Menurut sebuah buku berjudul 'Hiroshima 1946', selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik �Duck and Cover�. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.

8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.

TIPS CARA UNTUK ELAK PINTU RUMAH DIPECAH OLEH PEROMPAK


Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.

Berikut adalah perkongsian beliau.

My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share!

A good home security tip that you may have never thought about�. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar.

He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired!

You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.

Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan� Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.

Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai �alarm� kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.

FAKTA! JUS BETIK, SUP KETAM & 100 PLUS TIDAK MEMBANTU UBATI DENGGI


Minum jus betik, hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi.


Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan.



Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.

�Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

�Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,� katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai �cyanide� yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

�Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

�Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,� katanya.

Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.

�Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,� katanya.

SUMBER

AWAS! Untuk Lelaki Sila Jangan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar


Ini Adalah Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar

Kecenderungan lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.



Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.

�Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,� ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Dompet akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.

Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.

PENIAGA ONLINE: ANDA MELAKUKAN DOSA TANPA ANDA SEDAR. POINT NO 11 & 13 TU RAMAI ORANG BUAT


Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post �rakan sejemaah�, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada�.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain � iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. 

Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar � barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship � dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah �produk saya� kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.


Sumber : Facebook
 

Social Network