Recent Posts

Posts

Contact Form

Name

Email *

Message *

Advertisement

ALLAHUAKBAR ! DOKTOR LAKUKAN BEDAH SIASAT PADA MAYAT PELAJAR TAHFIZ, TEMUI SESUATU YG AJAIB DI OTAKNYA !!


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

�Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,� katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

�Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

�Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,� katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

�Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),� katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

�Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,� katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

GEMPAR !! FOTO ANJING SELAMATKAN BAYI DARI IBUNYA YANG KEJAM!!.MENITIS AIR MATA BILA TENGOK. PERANGAI IBU SEPERTI INI LEBIH TERUK DARI SYAITAN!!

Gambar seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial semalam.

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.
Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan.


Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.

Sumber: Thehypemedia

Shahrol Shiro Dan Anna Danisha Selamat Bergelar Suami Isteri


Shahrol Shiro Dan Anna Danisha Selamat Bergelar Suami Isteri



Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan juga pilihan hati, Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanan Syamimi kerana telah selamat bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampus Intan Wilayah.
Majlis persandingan pihak perempuan akan dilangsungkan pada 19 Mac, sementara di sebelah lelaki akan diumumkan oleh Sharol pada bulan Julai.
Gambar Ihsan: Meletop Kebaboom ERA FM

'Aku Manusia, Bukannya Anjing Sampai Nak Dituduh Sebagai Perompak'


KOTA BHARU - Gara-gara tindakan seorang pengguna Facebook memuat naik gambar seorang lelaki dengan kapsyen dakwaan yang tidak benar, lelaki itu kini terpaksa menanggung malu dan maruahnya tercalar habis. 

"Ini adalah seorang dari kumpulan pecah rumah, kawasan Sungai Pasir, Taman Semarak dan Pasir Mas yang datang meninjau salah sebuah rumah tanpa menyedari tuan rumah berkenaan telah merakam gambarnya. Beringat semua pemilik rumah," kata Ahmadzaini Zaini yang memuat naik gambar itu. 

Menyedari gambar dirinya menjadi bualan netizen, Boy Espiey Putrra, tampil menafikan fitnah yang tidak berasas itu. 

"Aku pergi sana nak tengok kereta untuk dijual, bukannya nak pergi pecah rumah, menyamun apa bagai. 

"Aku tak tahu rumah owner kereta honda itu. Bila aku jalan, aku ternampak kereta honda yang bagi aku mungkin itu rumah dia. Lalu aku pun bagilah salam dan tua ada call tak tadi sebab owner itu ada call aku. Tak sangka pula aku dituduh sebegini rupa.


"Aku dah malu, maruah aku nak letak di mana? Keluarga aku, kawan-kawan serta orang sekeliling, apa pandangan mereka pada aku? Aku ada hilang segala-gala kerana pos ini tahu tak?

"Aku sedar aku orang susah, hanya ada motosikal sahaja. Tetapi janganlah buat tanggapan sebegitu rupa terhadap penunggang motosikal. Aku manusia, bukannya anjing," katanya.

Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang berlaku dan berserah kepada Allah. - PIXEL MEDIA

Isteri Lari Ikut Jantan Lain Selepas Gambar Selfienya Dihantar Pada Bomoh



Nah, peringatan kepada gadis-gadis dan isteri-isteri orang di luar sana termasuklah isteri dan adik-adik perempuan saya sendiri.

Jangan asyik nak upload sangat gambar-gambar selfie di laman Facebook atau WeChat. Nanti tak pasal-pasal saja bercerai berai bagi perempuan yang sudah berkahwin. Bukan susah pun zaman sekarang ini nak buat bagi perempuan suka pada lelaki.

Lelaki yang berniat jahat akan melakukan perkara seperti ini:
 "Simpan gambar perempuan itu yang diambil dari laman Facebook atau WeChatnya. Print gambar itu dan bawa gambarnya berjumpa dengan bomoh. Esok, tunggu sajalah perempuan itu sendiri akan hantar 'Private Message' pada lelaki itu untuk ajak berjumpa. Katanya rindu pada lelaki itu,"
Dengar seperti tidak masuk akal kan? Tetapi itulah kebenarannya dengan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya sendiri saksikan. Kasihan kawan saya bersedih memanjang bilamana isterinya lari mengikut jantan lain.

Perkahwinan mereka selama ini bahagia sahaja seperti pasangan lain, tiba-tiba isteri dia berubah dan lari mengikut lelaki lain. Inilah puncanya. Fikir-fikirkanlah.

Saya bukan nak kecam perempuan yang suka upload gambar yang tidak sepatutnya di media sosial. Tetapi ini sekadar peringatan pada anda dan juga isteri saya sendiri.

Zaman sekarang ini payah dan susah sangat kalau kita nak sekat hak isteri dari terjerumus ke arah media sosial ini. Nak mencegah sudah tak boleh, kita hanya mampu menasihatkan isteri agar beringat dan jangan terlalu leka dengan media sosial.

Kalau suami juga leka dan terlalu memberi kebebasan kepada isteri. bimbang nanti si suami pula yang akan menderita. Siapa yang pernah rasa penderitaan seperti ini sebab isteri buat hal sebegini, dia akan tahu bagaimana perit rasanya pada masa itu. Jadi, pandai-pandailah anda semua menjaga isteri masing-masing. Perbanyakkan amalan dan bawa isteri dekatkan diri dengan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat dan melindungi kita. - Driver Datuk | PIXEL MEDIA

Suami Selalu Bawa Anak Naik Ke Tingkat Atas, Rupa�nya...


Saya ingin kongsikan satu kisah untuk semua yang belum atau yang sudah berkahwin. Saya kenalkan diri saya sebagai Ara, umur lewat 20'an. 

Kisahnya begini, saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Suami yang masuk meminang walaupun saya belum bersedia. Tetapi saya fikir positif, mungkin sudah smapai jodoh saya sebab setiap kali berdoa, saya ingin tamatkan zaman bujang di umur 25 tahun. 

Allah makbulkan, saya bertuah mempunyai suami yang agak kacak, kulit sawo matang, hidung mancung, berlesung pipi. Ada juga orang kata wajah di seiras Dafi, adakalanya seperti Adi Putra. Tetapi bagi saya, saya mencintai dia bukan kerana rupa. 

Awal perkahwinan kami sangat bahagia. Kami belajar mengenal diri masing-masing dan bohonglah kalau tak pernah bergaduh. Tetapi saya jenis yang gila-gila, begitu juga dengan suami.

Setelah 5 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung. Alhamdulillah, suami jaga bagai menatang minyak yang penuh. Sekali pun tak pernah miss temankan saya pergi ke Klinik Kesihatan. Ubat dan pemakanan, semua dijaga olehnya. Dia juga memasak untuk saya yang hanya disuruh duduk berehat sepanjang kehamilan. Di waktu bersalin pun dia temankan saya. Betapa gembiranya dia menjadi seorang ayah.

Saya menyewa di sebuah negeri di bandar utamanya yang agak sibuk. Saya bekerja, manakala suami bekerja sendiri. Jadi dia sentiasa berada di rumah menguruskan perniagaan onlinenya. 

Hendak dijadikan cerita, suami ada akaun WeChat. Ada budak-budak sekolah dan yang baru habis sekolah add dia di WeChat. Saya tahu semua dan saya baca semua mesej mereka. Jadi, tiada apa-apa yang mencurigakan. 

Lama kelamaan, budak itu semakin cantik dan semakin putih. Dulu hitam, sebab baru habis sekolah. Bila bekerja di kedai tudung, semakin cantik pula jadinya. Rumah dia dua tingkat atas rumah saya. Jadi, suami selalu dukung anak naik ke tingkat atas untuk ambil angin tengok keadaan sekeliling. 

Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa. Semuanya seperti biasa-biasa sahaja sebab suami pun ada beritahu yang budak itu biasa-biasa sahaja. 

"Alah, budak saja tu. Awak lagi cantik daripada dia," kata suami. 

Mulut lelaki, manisnya mengalahkan gula. 

Pada suatu hari, saya perlu menghadiri kursus selama seminggu. Terpaksa meninggalkan anak yang berusia 5 bulan dengan suami di rumah. Kebetulan, saya balik dua hari lebih awal dan saya tidak memaklumkan kepada suami kerana mahu membuat kejutan. 

Sampai di rumah, saya terkejut, pintu terkunci dari dalam. Saya ketuk banyak kali dan akhirnya dibuka. Suami keluar dan budak perempuan itu ada dalam rumah. 

"Dia datang nak tengok baby saja sayang," jelas suami.

"Datang tengok baby? Dah tu, kenapa selipar dia ada di dalam rumah? kenapa tak diletakkan di luar? Kenapa saya ketuk berkali-kali baru nak buka?" soal saya yang masih menahan kesabaran.

Suami hanya mendiamkan diri. Air mata saya mula bergenang. Saya ambil telefon perempuan itu dan minta dia bukakan password. Saya tahu kalau periksa telefon suami, mesti semua bukti telah dibuang.

Ternyata benar sekali sangkaan saya, memang suami saya ada bermesej dengan perempuan itu. Mesej bersayang-sayang. Hati kecil saya meraung sedih melihat anak kecil saya. 

"Kenapa awak buat saya begini? Kahwinlah dengan perempuan ini kalau mahu. Jangan buat maksiat. Saya izinkan awak kahwin lain. Tetapi dengan syarat, izinkan saya keluar dari rumah bersama anak dan jangan cari saya selagi saya tidak bersedia untuk balik," kata saya yang turut membenarkan mereka duduk di rumah yang kami bina ini dari taida apa-apa sehingga menjadi syurga kecil bagi kami. - Kisah Rumah Tangga | PIXEL MEDIA

Mimpi Diri Dikebumikan Buat Gadis Ini Terus Berubah


Kau tahu, aku dah tak solat dekat beberapa bulan. Jangan cakap bulanlah, tahun ini aku rasa aku tak ada solat langsung. Solat pun tak ikhlas. 

Bila aku tengok orang pergi club ambil drugs semua, aku jadi macam, "Wow! Bestnya get high!". 

Lepas itu, aku perasan kehidupan aku semakin berubah. Apa yang aku nak, aku tak dapat. Aku selalu bergaduh dengan mak bapak. Orang yang aku sayang dah tak sayangkan aku. Jadi, aku habiskan masa buat kerja bodoh melayan jantan, jadi perempuan bodoh tak ada agama sedangkan aku pakai tudung. 

Tetapi dalam hati aku pernah terdetik, "Bila aku nak berubah? Sampai bila aku nak jadi seperti ini? Hmm.. syaitan banyak menghasut,". 

Jadi, aku dengar saja cakap syaitan buat kerja bodoh. Menangis sebab lelaki lebih daripada aku patut menangis atas sejadah, ambil benda-benda bodoh semua. 

Lepas itu, semalam, aku tidur. Bangun saja dari tidur, aku tengok ramai orang mengerumuni aku. Jadi aku dah tahu yang aku telah meninggal dunia. Di saat itu merupakan saat-saat terakhir aku melihat semua orang. 

Aku takut, menggigil, bulu roma meremang 360'. Dapat aku bayangkan semua dosa-dosa yang aku telah lakukan. Ya Allah, masa itu aku takut sangat. Hanya Allah saja yang tahu sebab aku tahu aku mesti akan dicampak ke dalam neraka. 

Semasa semua orang nak bawa aku ke kubur, aku merayu-rayu berdoa pada Allah tolonglah berikan peluang kepada aku untuk hidup. Aku belum mahu mati dalam keadaan dosa Ya Allah. Aku takut dengan balasan yang diterima. Aku takut sangat. 

Tetapi orang tetap mengusung jenazah aku ke kubur. Sampai di tanah perkuburan, aku dibaringkan dalam kubur. Masa itu rasa nak menjerit meroyan semua ada sebab di kiri kanan aku ada tembok. Aku takut tak terkata namun tetap berdoa.

"Ya Allah, bagilah aku peluang. Aku takut ya Allah. Aku takut dan tak nak masuk api neraka!" 

Aku tersedar dari tidur, bersyukur dan sekarang aku tahu bahawa mimpi itu adalah hidayah dari Allah dan tiba masanya untuk aku berubah. MasyaAllah. Aku kena berubah. - Group WhatsApp Gaiss | PIXEL MEDIA
 

Social Network