PERGHHH !!! Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Di Temui Oleh Pencari Harta Karun Ini
Menurut sumber web yang di perolehi, gambar ini di ambil di rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di dalam tanah dengan menggunakan alat pengesan logam yang di sangkakan barang berharga, tetapi apabila tanah di korek, penemuan yang memeranjatkan, apa yang mereka ketemui ialah sebuah motosikal berusia kira-kira 80 tahun. (Krasnyi Oktyabr) L-300, atau asal DKW Luxus 300.
Tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu boleh berada di dalam tanah.
PENZINA BAKAL DI HUKUM SEBAT DI TEMPAT AWAM DI NEGERI KELANTAN?
KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.
"Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.
"Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.
Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.
Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah.
Sebat pesalah zina depan masjid
Kerajaan negeri disarankan supaya mempertimbangkan cadangan mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah yang melakukan persetubuhan haram sebagai langkah pencegahan serta menginsafkan rakyat.
Saranan tersebut disuarakan Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang) ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam.
Cadangan tersebut diutarakan semasa beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.
�Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu.
�Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu,� katanya semalam.
Beliau juga mengesyorkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan lebih baik jika boleh dilaksanakan di hadapan masjid.
�Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah,� katanya.
Beliau juga turut memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah, yang mana kes melibatkan hukuman sebat ke atas seorang lelaki di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan melakukan persetubuhan haram.
�Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas,� katanya.
Contoh lain pula, pada 6 September 2015 seorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram dikenakan enam sebatan yang disaksikan jemputan khas.
�Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang.
�Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama,� katanya.
Menakjubkan !! INILAH Sungai Atas Sungai Di Jerman... PELIKKAN...
Pernah anda melihat sungai di atas sungai ? mungkin terdengar tidak masuk akal , tetapi pekara seperti itu benar - benar ada di Jerman . ' Magdeburg Water Bridge ' adalah jambatan air dimana kapal - kapal besar melintas di atasnya dan merupakan yang terpanjang iaitu 918 meter .
Magdeburg Water Bridge dibina untuk pengangkutan barangan dari timur dan barat Jerman , terutama laluan untuk kapal komersial besar dari saluran Elbe - Havel ke Rangkaian Mittelland tanpa perlu membuat jalan sepanjang 12 - kilometer menggunakan laluan sungai Elbe .
Tanpa Jambatan Air , kapal dari saluran Mittelland terpaksa melalui Sungai Elbe melalui Rothensee dan memakan masa. Tahap air yang rendah dari sungai Elbe sering menghalang kapal tongkang berat melewati laluan ini , sehingga memakan masa untuk mengosongkan kargo .
Pembangunan saluran air ini bermula sejak tahun 1930 namun terhenti selama Perang Dunia II dan Perang Dingin . Selepas penyatuan semula Jerman , pembangunan salauran ini kembali menjadi keutamaan . Pekerjaan dilanjutkan pada tahun 1997 , dan Magdeburg Water Bridge akhirnya selesai pada tahun 2003 .
WOW !!! Tak Sengaja Jumpa Bandar Bawah Tanah Berusia 5000 Tahun
Ia kedengaran seperti sebuah cerita dongeng alam fantasi - sebuah bandar yang besar di bawah tanah yang di penuhi terowong dengan ruang yang luas mampu untuk memuatkan lebih daripada 20,000 orang, yang selama ini berada di bawah tanah.
Penemuan itu satu penemuan yang luar biasa yaitu sebuah bandar bawah tanah, Derinkuyu, sebuah kompleks 18 tingkat ditemui di kawasan itu apabila seorang lelaki memecahkan dinding untuk pengubahsuain sebuah projek.
Bandar bawah tanah ini dibina, seperti Derinkuyu, di zaman Byzantine, untuk melindungi penghuni daripada peperangan relligious di rantau ini.
'Ini penemuan baru yang tidak ubah seperti menemui, mutiara baru, berlian baru, emas baru,' jelas Datuk Bandar Nevsehir, Hasan Unver, kepada National Geographic.
Kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian yang dirancang telah dibatalkan setelah penemuan itu dan sedang di kaji oleh ahli arkeologi mengenai terowong itu.
Jom Lihat Rupa Ikan Yang Di Katakan Paling Hodoh Di Dunia
Menurut Institut Kebangsaan lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat, Blobfish dideskripsikan sebagai ikan bertubuh besar mirip dengan Berudu, berkulit lembut seperti jeli, berhidung besar, dan mempunyai mata hitam besar.
Jika diperhatikan lebih teliti, wajah Blobfish kelihatan seperti wajah seseorang yang murung dan bersedih. Lendir yang keluar dari wajahnya kelihatan seperti air mata yang menitis. Tubuh Blobfish secara amnya mempunyai panjang rata-rata 12 inci.
Makanan utama dari ikan ini adalah ketam dan udang galah. Blobfish boleh ditemui di perairan sebelah tenggara Australia dan Tasmania pada kedalaman 2,000 hingga 4,000 kaki di bawah laut.
Blobfish terpilih sebagai binatang terburuk selepas memenangi voting yang diadakan secara online oleh Ugly Animal Preservation Society .
JANGAN ANDA TERKEJUT DENGAN APA YANG ADA DI DALAM BANGUNAN INI !!!
You�ll never guess what is inside this giant disused aircraft hangar in Germany.The hangar that is 360 m (1,181 ft) long, 210 m (689 ft) wide and 107 metres (351 ft) high has been turned into an unbelievable indoor resort with human-made habitat. 29,000 tropical plants make an artificial rainforest. Exotic birds live there and natural rainforest sounds are broadcast through hidden speakers. There is also a beach, a waterpark and an artificial sun. Tropical Island Resort complex has a constant air temperature of 25 �C (77 �F) and is open all day, every day of the year.
MISTERI PENEMUAN DALAM LAUTAN YANG LEBIH HEBAT DARI FILEM SAINS FIKSYEN
Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.
Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.
Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam? Pasukan Goddio mencadangkan berat bangunan besar di gelanggang tanah liat menyebabkan air masuk di rantau ini dan tanah pasir mungkin telah menyebabkan bandar tenggelam ekoran gempa bumi.
SEBARKAN! Bahaya Meminum Air Tin Terus Ke Mulut
Pada hari minggu yang lalu satu keluarga bersiar� dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.
Kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin� minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai� runcit, tanpa dibersihkan.
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.
15 Tanda-Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Mengubati Santau
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Jenis-jenis Santau:
Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau �dituju� kepada mangsa dari jauh � samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a�in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan �dihantar dan dimasukkan� secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah �dikenakan� kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah �barang� tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan �penghantaran� santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
CARA RAWATAN PERUBATAN:
1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
sumber
http://myhomesoil.blogspot.com/2013/07/info-15-tanda-tanda-anda-terkena-santau.html
http://quranhealing.blogspot.com/p/racun-santau.html
http://alqayyum2u.blogspot.com/2013/09/bahaya-santau.html
7 Perbuatan Melambangkan Kamu Bukan Lagi Seorang Isteri
Di petik dan diubahsuai dari sebuah page bahasa arab.
1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.
2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.
3. ketika suami marah menegur mu, kamu menjawabnya dengan leteran dan meninggikan suara kepadanya.
4. Ketika suami duduk bersamamu di rumah, baumu tidak menyenangkan, pakaianmu tidak bersih dan tidak menarik.
5. Rahsia rumah tanggamu diceritakan kepada ibumu, kakak dan juga sahabat handaimu.
6. Tidak berlaku baik dengan keluarga suami malah menghasut suami sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga suamimu.
7. Tiba waktu solat, kamu tidak mengejutnya bangun untuk solat dan tidak menyuruh melakukan ketaatan, tidak meminta suamimu bertaubat dari dosa dan tidak meminta suami meninggalkan maksiat.
Ya Allah, kurniakan kepada pemuda Islam dengan isteri yang solehah dan kurniakanlah kepada perempuan Islam dengan suami yang soleh.
Jika anda suka akan artikel ini, rakan anda pasti rugi jika anda tidak berkongsi dengannya.
Kisah Benar - Budak 6 Tahun Hidup Sendirian Dengan Anjingnya
Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu, tentang seorang anak bernama A Long yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu, Liuzhou di wilayah Guangxi, China. Umurnya baru 6 tahun, kedua orang tuanya telah meninggal kerana mengidap penyakit AIDS berturut-turut di tahun 2008 dan 2010.
A Long anak kecil berumur 6 tahun penghidap HIV di sebuah kampung di China. Ibu dan ayahnya telah meninggal kerana virus HIV. selama ini A Long hidup sendiri kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.
Rutin hariannya hanya ditemani anjing kesayangannya Lau He, semua dilakukan A Long sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu berhampiran Liuzhou, Provinsi Guangxi Zhuang
Untuk makan, A Long memasak sendiri, sang nenek kadang-kadang datang mengirimnya sayur-sayuran, lalu A Long memasaknya dengan nasi dari dapur kayu yang kayunya ia cari sendiri di hutan, A Long jiga mendapat bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 yuan setiap bulan.
Di sinilah A Long tinggal, sebuah bilik dengan penerangan yang serba kekurangan, seorang diri. dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak2 seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian.
Sejak berita dan foto2 tentang dia tersebar luas di media, ada beberapa dermawan yang mengiriminya boneka dan mainan untuk teman bermain A Long
Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti A Long, cuma di china di negara-negara lain pun mereka banyak yang diabaikan dan hidup sebatang kara. Hidup yang mereka jalani bukan kesalahan mereka, mereka tidak boleh memilih dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh orang tuanya.
A Long anak kecil berumur 6 tahun penghidap HIV di sebuah kampung di China. Ibu dan ayahnya telah meninggal kerana virus HIV. selama ini A Long hidup sendiri kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.
Rutin hariannya hanya ditemani anjing kesayangannya Lau He, semua dilakukan A Long sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu berhampiran Liuzhou, Provinsi Guangxi Zhuang
Untuk makan, A Long memasak sendiri, sang nenek kadang-kadang datang mengirimnya sayur-sayuran, lalu A Long memasaknya dengan nasi dari dapur kayu yang kayunya ia cari sendiri di hutan, A Long jiga mendapat bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 yuan setiap bulan.
Di sinilah A Long tinggal, sebuah bilik dengan penerangan yang serba kekurangan, seorang diri. dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak2 seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian.
Sejak berita dan foto2 tentang dia tersebar luas di media, ada beberapa dermawan yang mengiriminya boneka dan mainan untuk teman bermain A Long
Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti A Long, cuma di china di negara-negara lain pun mereka banyak yang diabaikan dan hidup sebatang kara. Hidup yang mereka jalani bukan kesalahan mereka, mereka tidak boleh memilih dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh orang tuanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)